Let's Party! Latin America
SEE OTHER BRANDS

The latest culture, society and lifestyle news from Latin America

EBF Financial Group Meraikan Berbilang Kemenangan Anugerah pada Tahun 2025

EBC diiktiraf oleh kedua-dua Anugerah World Finance dan Online Money untuk kepimpinan dalam perdagangan CFD, prestasi platform dan penyelesaian mengutamakan pedagang yang dipercayai

LONDON, July 03, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- EBC Financial Group (EBC) telah diiktiraf oleh dua badan anugerah industri terkemuka pada tahun 2025, yang memperkukuhkan kedudukannya sebagai broker dipercayai melalui anugerah Best CFD Provider oleh Anugerah Online Money dan gelaran Most Trusted Broker dan Best Trading Platform di Anugerah Forex World Finance 2025.

Kemenangan EBC di Anugerah Forex World Finance menempa tahun ketiga bagi Kumpulan ini menerima penghormatan daripada badan pengurniaan anugerah— satu tanda bagi prestasi yang terjamin dalam kedua-dua pelaksanaan teknologi dan metrik kepercayaan pelanggan. Dua anugerah 2025 ini dibina melalui pengiktirafan EBC yang lalu pada tahun 2023 dan 2024, menyerlahkan penyampaiannya yang tekal bagi penyelesaian perdagangan teguh merentas pasaran global.

Pengiktirafan tersebut merangkumi kedua-dua penyampaian produk dan metrik kepercayaan yang mencerminkan fokus pengoperasian EBC terhadap kualiti pelaksanaan, inovasi platform dan perlindungan pelanggan dalam persekitaran perdagangan yang dikawal selia.

“Anugerah-anugerah ini menegaskan penekanan Kumpulan terhadap pembinaan infrastruktur perdagangan yang cekap, telus dan dikawal selia,” kata David Barrett, Ketua Pegawai Eksekutif EBC Financial Group (UK) Ltd. “Sama ada melalui pengembangan suite, peningkatan platform atau model perkhidmatan yang mengutamakan pelanggan ETF CFD, kami kekal fokus terhadap membina alat dan pengalaman yang membantu pedagang bertindak dengan jelas, yakin dan terkawal.”

Memacu Pertumbuhan dengan Penyelesaian CFD Tematik dan Taktikal
Pelancaran terkini EBC bagi 100 ETF CFD tersenarai AS telah mengembangkan suite produk berbilang asetnya dan meletakkan Kumpulan sebagai perintis bagi inovasi perdagangan tematik. Instrumen-instrumen ini memberikan pelanggan akses masa nyata yang dimanfaatkan sepenuhnya kepada ETF merentas spektrum meluas naratif global—termasuk tenaga bersih, teknologi AS, aset penghasilan dividen, pendapatan tetap dan pasaran bakal muncul.

Tawaran tersebut menampilkan ETF daripada pengeluar terkemuka seperti Vanguard, iShares (BlackRock) dan State Street Global Advisor dengan kelebihan utama termasuk yuran pengurusan dana percuma, pilihan leveraj dan keupayaan jualan singkat serta pelaksanaan masa nyata dan akses kos rendah kepada aset tersenarai NYSE dan NASDAQ.

Pengembangan ini sejajar dengan fokus strategik EBC terhadap menyediakan alat pendedahan yang lebih pintar—membolehkan pedagang untuk bertindak balas dengan cepat terhadap perubahan makro, melindungi nilai pandangan pasaran atau membina kepelbagaian portfolio dengan tepat.

Inovasi Platform dan Pengalaman Pelanggan di Teras
Melangkaui pertumbuhan produk, EBC terus menambah baik platformnya dengan ciri-ciri seperti penghalaan pencairan pintar, sokongan berbilang bahasa diperluas dan pelaksanaan kependaman ultra rendah. Alat pemilikan seperti Trading Black Box dan Private Room membantu mengoptimumkan pengagregatan harga, melindungi integriti perdagangan dan meningkatkan pengalaman perdagangan merentas segmen runcit dan institusi.

Naik taraf ini menyumbang kepada pengiktirafan EBC sebagai Best Trading Platform di Anugerah Forex World Finance 2025, di samping gelaran Most Trusted Broker yang menghargai dedikasi jangka panjang Kumpulan terhadap tadbir urus, perlindungan pelanggan dan pembinaan hubungan dalam pasaran yang dikawal selia.

Artikel ini menggambarkan pemerhatian EBC Financial Group dan semua entiti globalnya. Ini bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan. Perdagangan dalam komoditi atau pertukaran asing (FX) melibatkan risiko kerugian teruk yang berpotensi melebihi pelaburan asal anda. Dapatkan rundingan penasihat kewangan berkelayakan sebelum membuat sebarang keputusan perdagangan atau pelaburan kerana EBC Financial Group dan entitinya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang terhasil daripada kebergantungan pada maklumat ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang EBC Financial Group dan perkhidmatannya yang memenangi anugerah, layari www.ebc.com.

Perihal EBC Financial Group

Diasaskan di London, EBC Financial Group (EBC) ialah jenama global yang terkenal dengan kepakarannya dalam pembrokeran kewangan dan pengurusan aset. Melalui entiti dikawal selia yang beroperasi merentas bidang kuasa kewangan utama—termasuk UK, Australia, Kepulauan Cayman, Mauritius dan lain-lain—EBC membolehkan pelabur runcit, profesional dan institusi untuk mengakses pasaran global dan peluang perdagangan merangkumi mata wang, komoditi, CFD dan banyak lagi.

Dipercayai oleh pelabur di lebih 100 buah negara dan diberi penghormatan anugerah global termasuk pengiktirafan berbilang tahun daripada World Finance, EBC secara meluasnya dianggap sebagai broker terbaik dunia dengan gelaran seperti Best Trading Platform dan Most Trusted Broker. Dengan pengawalseliaan yang kukuh dan komitmennya terhadap ketelusan, EBC juga ditempatkan dalam kalangan broker teratas secara konsisten—dipercayai bagi kebolehannya untuk menyediakan penyelesaian perdagangan yang selamat, berinovatif dan mengutamakan pelanggan merentas pasaran antarabangsa bersaingan.

Anak-anak syarikat EBC dilesenkan dan dikawal selia dalam bidang kuasa tempatan masing-masing. EBC Financial Group (UK) Berhad dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Tatalaku Kewangan UK (FCA); EBC Financial Group (Cayman) Berhad dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Kewangan Kepulauan Cayman (CIMA); EBC Financial Group (Australia) Sdn Bhd dan EBC Asset Management Sdn Bhd dikawal selia oleh Suruhanjya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC); EBC Financial (MU) Berhad dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Mauritius (FSC).

Teras EBC terdiri daripada pasukan veteran industri dengan lebih 40 tahun pengalaman dalam institusi kewangan utama. EBC telah mengharungi kitaran ekonomi utama dari Plaza Accord dan krisis franc Swiss 2015 hingga pergolakan pasaran akibat pandemik COVID-19. Kami memupuk budaya yang mengutamakan integriti, rasa hormat dan keselamatan aset pelanggan, memastikan setiap hubungan pelabur dikendalikan dengan kesungguhan yang sewajarnya.

EBC merupakan rakan kongsi pertukaran asing rasmi bagi FC Barcelona yang berbangga dan terus memacu perkongsian penuh impak bagi memperkasakan komuniti – seperti melalui inisiatif United to Beat Malaria Yayasan UN, Jabatan Ekonomi Universiti Oxford dan pelbagai rakan kongsi untuk mendukung inisiatif dalam kesihatan, ekonomi, pendidikan dan kelestarian global.
https://www.ebc.com/

Hubungan Media:
Savitha Ravindran
Pengurus Perhubungan Awam Global
savitha.ravindran@ebc.com

Michelle Siow
Pengarah Jenama & Komunikasi
michelle.siow@ebc.com 


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms of Service